REFLAKSI DIRI
NAMA : NURIN AMALEEN BINTI ZAIDEE
TARIKH : 4/3/2025
KELAS : 2C
Dalam semester 2 ini , saya telah daftar untuk belajar subjek Kesihatan dan Kecerdasan yang memberikan fokus betapa pentingnya kita sebagai pelajar jaga kesihatan fizikal dan mental . Selain itu saya juga dapat belajar cara cara untuk bergaul dengan orang lain yang saya tidak kenal kerana untuk subjek ini kelas saya iaitu DIA 2C telah bergabung dengan DEC 2E . Tujuan untuk saya membina reflaksi diri inti bertujuam untuk menilai kefahaman saya terhadap subjek ini dan bagaimana untuk saya mengaplikasikan perkara yang saya pelajar di kehidupan yang sebenar.
Sepanjang pembelajaran , terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan oleh jawatankuasa dalam kelas . Saya sangat menikmati dari masa ke semasa .Saya dan kawan sekumpulan saya perlu melaksanakan senaman aerodance dan merekodkan video senaman aerodance selama 5 minit . Tugasan ini dilaksanakan bersama 6 orang rakan sekelas saya iaitu , Hannah , Marisya , Rina , Zhariff , Aiman dan saya . Saya rasa bersyukur sekali kerana dikurniakan rakan rakan yang sangat komited dan memberi banyak kerjasama untuk menyiapkan tugasan ini. Kami berjaya menyiapkan video tersebut di week ke 5 . Sebelum itu , kami diberi masa by week dari Sir Mazlan untuk berlatih bagi melaksanakan tarian aeordance tersebut .
Pada kelas yang terakhir bersama Sir Mazlan , kami semua telah menonton video tarian aerodance bagi semua kumpulan . Pada masa yang sama , kami diberikan makanan iaitu maggie goreng bersama telur mata dan air teo panas . Di samping makanan yang diberikan , terdapat juga kuih muih seperti donut , kek carrot dan sebagainya . Saya sangat gembira kerana dapat mengukuhkan hubungan bersama rakan yang lain dengan kuat . Sebelum berakhirnya kelas pada hari tersebut kami telah diarahkan untuk vote video aeordance kumpulan mana yang paling top dan alhamdulillah kumpulan saya yang paling tinggi vote iaitu sebanyak 58 %. Dari aktivit dan tugasan tersebut , saya dapat belajar untuk melakukan sesuatu perkara , haruslah dalam keadaan yang tenang dan jangan tergesa gesa . Di samping itu pula , kita hendaklah melaksanakan tugasan di awal waktu , jangan buat kerja last minute supaya tidak stres.
Tugas kedua saya pula adalah menghasilkan slide pembentangan dan reka poster berdasarkan tajuk yang diagihkan . Untuk poster saya dapat tajuk panic attack dan bagi slide pembetangan pula senaman aerobik . Sebelum menghasilkan slide pembentangan , saya telah cari maklumat maklumat tentang panic attack untuk masukkan ke dalam slide . Selain daripada saya melaksanakan tugasan ini , saya juga dapat belajar ilmu baru tentang panic attack dengan lebih terperinci seperti apakah tanda tanda panic attack , cara mecegahnya dan lain lain lagi . Pandangan masyarakat terhadap penyakit ini sangat rendah dan hanya segelintir daripada rakyat yang mengambil serius tentang penyakit ini . Saya berjaya menghasilkan poster dan juga slide pembentangan .Saya ingin menyatakan perasaan gembira setelah menyiapkan tugasan ini.
Saya belajar bahawa kesihatan dan kecerdasan bukan hanya berkaitan dengan tubuh badan yang sihat , tetapi juga kesejahteraan mental dan emosi . Saya juga memahami bahawa pemakanan yang baik dan aktiviti fixikal yang mencukupi boleh meningkatkan daya tumpuan dan prestasi akademik saya .Selain itu , saya sedar bahawa pengurusan tekanan dan tidur yang mencukupi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang optimum.
Akhir sekali , saya ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yang datang dari diri saya sendiri . Saya akan memanfaatkan ilmu baru yang saya telah belajar dari subjek ini dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah saya iaitu Mazlan Bin Abd Ghani, rakan rakan seperjuangan dan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.



.jpg)


Comments
Post a Comment